Monday, October 13, 2014

Sang alpa

Kadang kadang dalam hidup ni bila kita sedang bahagia kita lupa siapa yang beri kita bahagia. Langsung tak ada masa nk mensyukuri atas nikmat Dia bagi. Tapi bila kita sendirian, masa tu la kita ingat kat Dia. Masa tu jugak la kita ingat segala apa yang kita buat. Kita sebenarnya tak sedar pun yang selama ni kita dah belakangkan Dia, sang Pencipta. Kerana terlalu kejar kasih manusia, kita lupa bahawa kasih Allah lebih penting. Terlalu banyak peluang Dia bagi. Ada kita gunakan dengan baik? Langsung tak ada.

Kalau dah nama manusia, memang layak digelar sang alpa. Waktu kau susah, siapa yang kau cari? Pada siapa kau mengadu domba kalau bukan pada Allah? Aku salah seorang daripada manusia itu. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku nak dalam hidup. Yang aku tahu aku bangun tidur dan lakukan rutin harian sebagai hambaNya. Tapi cukup ke amalan tu je yang aku buat? For sure la tak cukup. Lagi ditambah perkara sia2 lagi. Akulah sang alpa itu -

No comments:

Post a Comment