Monday, November 10, 2014

Alahai nasib

Aku tak tahu la kenapa blog post aku semua pasal sedih sedih. Hahaha. Alahaiiii. Sebelum ni kau hidup tak pernah bahagia ke jiha oii. Pernah jeeee. Banyak je bahagia. Tapi entah kenapa kalau sedih je mesti cari blog nak ketuk ketuk jari ni. Ni je kot salah satu cara nak luahkan perasaan yang terbuku. Cewahhh. Yelaaa. Nak bercerita kat orang pasal masalah kita, confirm confirm orang muak nak dengar. Baik simpan sorang sorang. Kan kan?


Bila kenangkan nasib ni, dari sekolah sampai sekarang hmmm payahnya nak hidup aman bahagia. Hahaha ada je la masalah, kenangan pahit. Dari bab berkawan dengan perempuan sampaiiii la bercinta dengan lelaki. Kenapa ek? Pergghh kalau aku ni jenis tak kuat semangat, dah lama kot cuba cuba membahayakan diri. Uishhh mcm tak sayang nyawa je. Sayanggggg. Gila tak sayang. Nyawa tak boleh beli duit duit hokeyy.


Tu la kan. Even banyak mana pun dugaan tu, aku tetap jugak hadapi kehidupan seharian aku macam biasa. Alah bisa tegal biasa bak kata pepatah. Dah lali dah dengan semua tu. Nasib kita ni hanya diri sendiri je boleh ubah. Orang lain boleh tengok dari luaran kita je. Sedangkan diri kita sendiri yang menanggung tu bukan senang.


Tapi aku bersyukur jugak la aku kenal seman. Dia banyak ubah aku. Kenal dia je dah boleh buat aku faham apa erti hidup ni. Dia kawan yang sentiasa ada dengan aku. Seberat mana pun ujian mendatang, aku tahu aku mampu hadapi. Atas kesusahan hari ini pasti Allah akan gantikan akan kesenangan akan datang kan? Percaya pada takdir Dia.


Kadang kadang kebenaran tak terbukti depan mata. Semuanya dikaburi oleh tipu helah. Macam kebaikan seseorang jugak. Yang selalunya banyak berbakti tu la yang sentiasa teraniaya. Tak faham kenapa. Ada jugak manusia yang suka tengok orang lain jatuh tersungkur. Gembira buat orang lain macam tu sekali? Bila kita di atas, selalu la ingat yang di langit juga boleh jatuh ke tanah. Hidup ni berputar. Jangan terlalu selesa.


Tak apa la. Yang selalu di uji tu lah yang akan kuat terima semua dugaan dan cabaran hidup. Kita masih punya Allah. Waktu kita susah waktu kita senang Dia tak pernah sekali pun lupa kita. Dia sentiasa ada. Aku harap aku dengan seman kuat terima semuanya. Sama sama dah dewasa. Terima semuanya dengan matang. Selesaikan dengan cara munasabah. Semuanya akan okay. Percayalah :)

Saturday, November 8, 2014

Jauh

Kadang kadang rasa macam diri ni dah tak kuat. Rasa macam nak lari jauh jauh. Rasa macam nak sangat hilang ingatan. Supaya hilang semua masalah. Aku, manusia. Tak lepas daripada dugaan. Yang namanya manusia, melalui pelbagai jenis cabaran hidup. Pahit ataupun manis, itulah rencah hidup.


Bukan aku tak memahami, tapi sampai satu tahap aku rasa sangat down. Aku kesian sangat kt dia. Seolah olah segala kesalahan jatuh ke bahu dia. Seolah olah tak ada ruang langsung untuk diri dia. Aku tak tahu kenapa air mata ni senang sangat mengalir. Lembik. Lemah. Tak terdaya. Semuanya la, 


Tak ada daya rasanya aku nak biarkan dia tanggung sorang sorang. Tapi aku juga punya hati. Bila aku rasa nak menjauh, aku fikir dalam dalam. Aku mengaku aku tak mampu. Entah la-- tak tahu nak buat macam mana lagi. Pilihan apa yang aku ada? Tak ada. Aku hanya kat sini, menunggu apa yang berlaku seterusnya. Belajar untuk redha. Belajar untuk matang.