Saturday, November 8, 2014

Jauh

Kadang kadang rasa macam diri ni dah tak kuat. Rasa macam nak lari jauh jauh. Rasa macam nak sangat hilang ingatan. Supaya hilang semua masalah. Aku, manusia. Tak lepas daripada dugaan. Yang namanya manusia, melalui pelbagai jenis cabaran hidup. Pahit ataupun manis, itulah rencah hidup.


Bukan aku tak memahami, tapi sampai satu tahap aku rasa sangat down. Aku kesian sangat kt dia. Seolah olah segala kesalahan jatuh ke bahu dia. Seolah olah tak ada ruang langsung untuk diri dia. Aku tak tahu kenapa air mata ni senang sangat mengalir. Lembik. Lemah. Tak terdaya. Semuanya la, 


Tak ada daya rasanya aku nak biarkan dia tanggung sorang sorang. Tapi aku juga punya hati. Bila aku rasa nak menjauh, aku fikir dalam dalam. Aku mengaku aku tak mampu. Entah la-- tak tahu nak buat macam mana lagi. Pilihan apa yang aku ada? Tak ada. Aku hanya kat sini, menunggu apa yang berlaku seterusnya. Belajar untuk redha. Belajar untuk matang.

No comments:

Post a Comment