Tuesday, July 8, 2014

Aku seorang useless

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu. Hari ni dah 8 Julai bersamaan dengan 10 Ramadhan. Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas di muka bumi ni.

Sebulan je lagi birthday dia. Tapi rasanya tahun ni masih lagi sama. Tiada sebarang kejutan ke hadiah ke. Maaf la. Aku ni student je. Mana mampu nak bagi hadiah yg bermakna buat kau. Mungkin perkenalan yg ke-3 baru aku bagi something. Time tu aku pun dah habis dah. Nampak mcm tak berguna je aku ni. Tak ada effort sikit pun. Nak buat macam mana dah aku ni memang tak reti buat apa.

Kenal orang mcm aku ni memang rasa mcm useless. Sebab apa? Sebab aku ni jenis yg tak reti nak hargai orang tu. Jarang sekali nak bagi hadiah kt orang yang aku rapat. Rasa mcm 'aku ni bukan kawan yg hargai kawan'. Bila hari jadi orang tu yg mampu aku buat hanya wish je la. 'Oh selamat hari jadi. Semoga panjang umur murah rezeki'. Haa itu je la.

Kadang2 orang tak kesah pun tak ada hadiah. Orang ckp cukup la hanya dengan doa. Tapi still la aku rasa mcm aku ni tak pernah hargai kawan aku. Even bukan birthday pun aku susah nk kasi hadiah. Nak buat mcm mana. Ni la aku. Tapi aku kalau boleh nk stick dengan orang yg aku dah anggap sebahagian daripada hidup aku even aku tahu aku ni tak la berguna sangat.

Hidup ni bukan ada diri kita sorang. Orang-orang sekeliling kita ni perlu jugak kita fikir, kita hargai sbb bila kita duduk sorang2 baru kita rasa pentingnya kawan ni. Kita takkan mampu hidup sorang2. Bila tiba hari jadi kita sendiri bayangkan tak ada orang ingat, tak ada orang wish. Perrghhh rasa dia mcm nak terjun bangunan je. Wehh aku rasa sangat la tak berguna. Orang lain langsung tak amek peduli.

So conclusion dia aku rasa aku useless. Dah bye.

No comments:

Post a Comment