Friday, May 9, 2014

Result semester 4

Assalamualaikum. First of all, syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia nya dapat la kita bersama sama.... eh? Salah tempat nak berucap ni. Hahaha. Okayy jiha cukup la tu mengarut. Ya Allah, alhamdulillah atas keputusan yg ku anggap tersangat la baik. Syukur ku terhadap Mu tidak terkata.

Dah 4 semester dah aku sebagai student diploma di UiTM Melaka. First time rasa tersangat happy dengan result yg aku dapat. Mana mungkin aku tak happy. Pertama kali dapat atas 3.0. Setiap sem aku berharap pointer aku naik sejak dari sem 1 dulu. Bila sem 2 result aku jatuh, aku tahu masa tu aku sangat2 down. Rasa mcm tak boleh nak bangun. Tak apa aku bangkit lagi untuk sem 3. Ternyata result masih 3.0.

Allahu, kau Maha Mendengar setiap rintihan ku doa ku ingin keputusan yg baik. Akhirnya aku dapat. Cukup la buat hati aku rasa tenang, rasa damai. Apa yg aku dapat ni depends on usaha aku selama ni. Kalau usaha aku lebih dari ni, lebih la aku dapat. Tapi aku percaya percaturan Allah tu hebat. Sangat2 bersyukur dgn result sem 4 ni. In shaa Allah untuk semester hadapan akan ku usaha lagi semampu dan sedaya ku.

Tiada manusia pun yang tidak pernah gagal. Pernah sampai satu ketika aku rasa mcm "eh betul ke course ni sesuai dgn kemampuan aku?" Tapi aku gagahkan jugak. Aku tak nak menyerah kalah. Aku cuba lagi. Usaha lagi. Kayuh pelan pelan. Sampai la tahap ni aku rasa puas. Kejayaan bukan terletak pada pointer, pada kita Dekan mahupun tidak. Tapi kejayaan ni terletak pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya diri sendiri. Adakah kita berjaya menjadi hambaNya yang taat akan perintahNya?

Aku juga bukanlah seorang hambaNya yang taat. Kadang kala aku jugak tersasar. Tapi nanti aku tahu bahawa aku hanya punya Allah untuk bergantung. Hanya Dia yang akan mendengar segala isi hati aku. Alhamdulillah untuk segalanya ya Allah. Setiap kejayaan ku ini aku hanya titipkan buat mak dan abah ku yang tercinta. Ini semua untuk mereka. Aku akan terus bangkit berusaha hingga ke garisan penamat. Moga moga Kau bantu. Allahumma Aamiin.

No comments:

Post a Comment