Saturday, May 10, 2014

Adil

Hidup ni adil. Sangat adil. Allah tu adil atas setiap hamba hambaNya. Aku tak nafikan aku dapat apa yg aku pernah buat dulu. Tapi atas kekuasaan Allah, Allah masih bagi peluang pada kita ni untuk berubah. Allah selalu buka peluang untuk kita bertaubat. Allah selalu adil. Manusia je yang selalu ingkar semua suruhan Allah malah kita buat apa yg Tuhan tu larang.

Dulu aku pernah tersasar. Aku pernah jauh dari Allah. Tapi aku bersyukur Allah kembalikan aku pada jalanNya. Allah tak pernah jauh dari kita. Tapi manusia je yang selalu nk jauhkan diri dari Allah, Tuhan yg menciptakan kita dari rahim ibu kita. Allahu. Betapa jahilnya kita yang bernama manusia ni. Islam bukan hanya pada IC. Bukan hanya pada luaran. Tapi dalaman kita ni. Selagi kita berpegang teguh pada jalan Allah, in shaa Allah nanti Allah akan bantu.

Aku bersyukur didatangi orang sekeliling yang banyak buat aku happy. Yang selalu sokong aku apa jua yang aku lakukan. Couldnt ask for more from Allah. Ni dah melebihi daripada cukup dah :') Aku cuma minta Allah jaga hati aku supaya tak tersasar jauh. Aku minta Allah jaga hati ini supaya tetap meletakkan Dia yang paling utama. Kemudian baru la mak dan abah.

Alhamdulillah alhamdulillah. Terima kasih Allah, mak abah, seman, kawan kawan, orang sekeliling. Kerana semua pengalaman hidup, aku mengerti apa ertinya hidup. Kerana aku hambaNya yang lemah, aku cuba bangkit. Demi Allah aku tak kuat, kerana Allah aku harus kuat :)

No comments:

Post a Comment