Friday, November 23, 2012

MATI itu PASTI...

Assalamualaikum semua. Malam ni hati aku rasa sebak dan pilu bila terbaca di fb tentang perginya seorg remaja kerana jatuh dari tingkat 7 rumahnya. MasyaAllah. Tak dapat bayangkan rasanya bagaimana situasi tu berlaku. Sejujurnya sedikit sebanyak telah menyedarkan aku dari dosa2 silam aku. Aku ingin bertaubat ya Allah. Aku ingin berubah kejalan-Mu ya Allah. Selama ni aku dah banyak lalai dengan suruhan-Mu. Cukupkah amalan yang akan aku bwa semasa mati nanti? Sudah pasti jawapannya tidak. Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi umatMu yang solehah. Kau berilah hidayah kepadaku. Kau lancarkan lah urusanku untuk mendapatkan keredhaan dariMu ya Allah. Janganlah kau terus terusan biarkn aku lalai di muka bumi ini ya Allah. Sesungguhnya bumi ini semakin uzur. Sudah tidak banyak masa lagi untuk kita mensia-siakan masa yg ada. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus hidup. Aku ingin kembali kejalan-Mu yg lurus dan benar. Amin ya Rabbal Alamin. Ikhlas, Najiha.

No comments:

Post a Comment