Saturday, June 1, 2013

My Imaginery Future Husband :')

Assalamualaikum semua. Rasa macam lama je tak update blog ni kan? Alaaa bukan ada readers pun. Huhh dah tahu lama. Hahaha. Okayyy cuba tengok tajuk tu. Nampak mcm gatal sgt pulak post gitu. Haa elok sangat la tu. Alaaa saja2 je pun. Tak ada kaitan dengan nak kawin cepat or apa okay? Jodoh semua tu Allah dah tentukan kan?

Okay berbalik pada tajuk entry aku hari ni, My Imaginery Future Husband..... Apakah ciri2 nya ya? Let's check it outtttt :)

                                                          *Sekadar gambar hiasan :)

1. Yang pertama sekali tentulah AGAMA nya. Dalam Islam pun disuruh untuk mencari pasangan yang elok agamanya.
2. Keturunannya yang baik2.
3. Hartanya. Walaupun tak kaya, cukup la sekadar mampu memberi aku dan bakal anak2 aku nafkah yang secukupnya.
4. Rupa paras. Tidak perlu wajah yang begitu tampan, cukuplah seseorang yang mendamaikan hati jika dipandang.
5. Bertanggungjawab. Seseorang yang sanggup bersusah payah dalam mengharungi liku-liku cabaran dan dugaan bersama-sama aku.
6. Penyayang. Lelaki yang akan menyayangi aku hingga ke akhir hayatnya. Lelaki yang tidak akan meninggalkan aku walaupun sesaat jika aku di dalam kesusahan.
7. Lelaki yang sanggup merendahkan ego kerana aku. Lelaki yang sanggup mengalah demi menjaga hati aku dan tidak mahu melihat aku terluka.
8. Lelaki yang penyabar. Sabar dengan kerenah aku mahupun kekerasan hati aku dan juga kedegilan aku dalam apa jua keadaan.
9. Mampu melayan manja aku. Yelaa semua perempuan pun manja tapi dalam cara mereka sendiri.
10. Memahami. Lelaki yg sangat understanding tak kira lah pasal perasaan aku ke, kerjaya aku ke. Aku nak seseorang yang faham semua isi hati aku. Apa yang aku suka, apa yang aku tak suka without aku bgthu pun semua tu.
11. Lelaki yang sanggup berjuang untuk cinta kami. Lelaki yang tidak mudah menyerah jika hubungan ini diuji.
12. Seseorang yang menjadi pelindung kepada aku setiap masa dan ketika. Kerana dia la manusia yang paling aku sayang pada ketika itu.
13. Romantik kotttt. Tapi kalau ni tak ada pun aku tak kesah. Yang penting dia sweet and tahu buat aku rasa special. Aku nak dia panggil aku tak kesah la sayang ke, baby ke. Aku nak depan semua orang pun dia akan panggil aku mcm tu jugak.

Okay mungkin setakat tu je kot aku punya ciri2 bakal suami yang aku angan2 kan. Tapi aku tahu, aku bukan Tuhan. Aku hanya mampu berangan, merancang, tapi yang tentukan semua tu Allah S.W.T. Tu semua kerja Allah kan. Serahkan semua pada-Nya. Urusan dunia dan akhirat jangan pernah lupa. Jodoh kita akan sampai jugak nanti :)

Much love, Najiha

No comments:

Post a Comment